Definisi
Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas.
Penyakit ini berisiko untuk siapa?
Yang aku tau la...
i) Orang yang suka melakukan sukan lasak....ragbi ke, gusti ke, yang lasak la..yg banyak gunakan otot badan ni..
ii) Orang yang aktif sukan pastu dia berhenti dari bersukan pada waktu yang lama
iii) Orang yang pernah terjatuh..x kire la jatuh zaman kecik2 ke, besaq2 ke...kadang2 kita ambik mudah ja klu kita jatuh..bila jatuh, bangun je la kan...pastu kalau rasa sakit sapu minyak je la..better pegi check spital ye...
iv) Orang yang sering angkat lakukan kerja berat macam kena angkat benda berat ke..sebab maybe apa yg diorang angkat tu lebih dari kemampuan badan diorang sendiri..so, tulang belakang tu tak leh nak support.
v) Orang yang mempunyai masalah berat badan. Macam kat atas gak, tulang belakang x leh nak tampung berat badan orang tu... Macam2 lg la sebenarnye leh jadi punca..ni apa yang doktor aku cakap la...
Ni gambar tulang belakang kita...aku pon dah lupa tualng L bape ntah aku kena.
Kaedah Rawatan
Dia ada 3 kaedah rawatan..tu pon depends pada tahap penyakit orang tu la...
1) Physiotherapy – menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.
2) Stereoid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan
3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang
Ni Pengalaman Aku
Aku start rasa sakit pinggang lepas aku wat assignment masa study dlu...aku ingat aku duk atas tilam mengadap laptop dari kul 10 pagi sampai la kul 12tgh malam...bila dah rsa sakit pinggang aku tidoq je la..Alhamdulillah esok tu lega...Pastu makin lama aku rasa bahagian betis kiri aku rasa sengal2...aku macam biasa la..ambik minyak panas, sapu je la...x hilang jugak..lama gak la aku sakit camtu..Aku duk syak sakit urat ni..Mak aku kata kalau sakit urat selalu rasa sengal2. Xpa, mak aku pon beli ubat urat yang harga dia sebijik RM4..x hilang jugak aku makan. Dia punya sakit x payah habaq la...macam nak teriak ja.. Tambah2 bila aku wat keja banyak sgt time siang, jalan ka, shopping ka...student kan. Banyak lak project time tu...
Masa cuti sem aku balik kampung.Aku sakit pinggang, aku p Pusat Rawatan USM, doktor tu kata aku xdak apa, aku sakit pinggang sbb salah tidur...Lepas seminggu baru lega tp yang kaki sengal2 tu x hilang lg.Mak aku pun suruh p "colek urat". Mak aku kata cuba la..selalu orang sakit urat, dia p colek terus hilang..By d way..colek urat ni bukan ambik pisau colek urat kita..tp tapakkaki kita letak atas papan (berdiri la)..pastu goyang2 sket lutut time tu orang tu colek papan tu sambil baca doa...Banyak kali gak aku p tp x ok gak... Aku p klinik, doktor cakap xde pape.. Hmm.... Last2 aku makan ponstan sampai aku keja..aku makan bila aku rasa betoi2 sakit masa tu..
Lagi 2 mingu aku nak abes kontrak keja..tp dalam minggu tu aku apply cuti 3 hari direct - Isnin Selasa Rabu..Hari Isnin aku attend interview company Besta.. Hari Selasa aku ada interview ngan Jabatan Perangkaan..tp x sempat nak p..Subuh2 Selasa tu kaki aku macam kena kejang otot..kebas! sakit! sampai x boleh jalan.. Apa lagi mak aku bawak p rawatan tradisonal la.. mula2 p umah makcik tu, kami panggil Mak Lang..dia suruh..dia pn baca2 doa, dia tgk2 kaki aku..dia kata ada 'benda' dok bertenggek kat aku...<dalam hati susah nk percaya..hahaha> ..Pastu tak hilang gak..G la umah kedua, Pak Mat..dia pon kata, ada 'benda' dok menmpang aku... Sampai la aku p jumpa kawan abg aku, dia tengok sakit aku kat daun sireh, dia kata x dak benda apa2, cuma ni sakit berkaitan dgn saraf.. Yang aku ni pulun teriak tahan sakit, ajak p spital..mak aku kata wat tradisional dlu..aku ni dengar je la.. Last skali aku p klinik kerajaan, tergamak MA tu kata "hang ada kencing manis kot..tu kaki hang kebas".. wadehel punya jawapan!!
Disebabkan x tahan sangat, aku ajak akak aku g spital Lam Wah Ee..Smpai2 ja masuk bilik kecemasan, cucuk painkiller yang biasa ja..x ok! terus cucuk painkiller yang paling kuat..trus hilang sakit! Malam tu terus wat MRI, esok tau result~ Doktor datang dgn senang hati cakap ada problem kat aku punya spine! Aku pon pelik apsal spine? sakit kat kaki..rupanya spine aku terkeluar sket dari kedudukan dia dan pastu tu dia tindih saraf aku..sebab tu la kaki aku rasa sakit! Doktor cakap kena wat operation.. Aku pon setuju je la..
Now aku dah ok, cuma tak boleh angkat benda berat2.. sakit tu mmg hilang..tp side effect dia ada lagi sampai sekarang..kaki aku still kebas, lepas kena cucuk painkiller ritu..buntot aku pon kebas sekali! hahahahahahaha.... Antara side effectnye, aku x leh berak dengan normal! makan ubat baru leh berak..huhu.. Jalan pon x ok g..sbb kaki kiri aku kebas lg..jalan ala2 orang tempang sebelah..
Cara Mengelakkan
Berikut ialah cara untuk mengelakkan slipped disc:
Berikut ialah cara untuk mengelakkan slipped disc:
Berat Badan
Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.
Senaman
Bagi yang bekerja, senaman selalunya sukar dilakukan kerana kesuntukan masa. Bebanan kerja di pejabat di samping kerja-kerja dirumah membuatkan kita mengambil ringan tentang perkara ini. Jika tidak cukup masa, pastikan anda membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.
Posture
Kebanyakan dari kita tidak mengamalkan posture yang betul terutama semasa bekerja. Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.
Mengangkat
Jaga posisi badan semasa mengangkat terutamanya barang yang berat. Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.
Sekarang aku tengah wat terapi medan elektronik dari Jinho . FREE!! hihi
p/s: aku dapat 3 offer keje time dalam spital..aku terpaksa tolak..huhuhu~ gile sedih! :( ... Korang doa2 la bagi ok balik ye..
cian nye ko..aku terbuka blog ko ni pn sbb pakwe aku dok sakit blang ke..skrg kne admit kat sepital kpj kajang tu..risau aku..smlm doct dh cek tp xbgtau lg, ari ni dia kne pose xtau la doct tu nk cek pe lg..tp kan mmg klau g stakat klinik mst ckp cde pepe, sian kat pakwe aku byk gak klinik dia g ni, dia dh xthn tu g kpj nk cek wajib msk wad..
ReplyDeleteBahaya nya slip disc ni.. huhu.. risau pula bila baca post awk..
ReplyDeleteSy pun pengidap slip disc..mmg sakit nk bersin pun sakit..
ReplyDeletesama la jgk. tp lepas operation sakit lg x? masih blh aktif macam dulu x?
ReplyDeleteSalam ziarah.
ReplyDeleteSerupa lah sakit kita.
Huhuhu
http://stallsihatcikd.blogspot.hk/2015/02/lagi-lagi-slip-disc.html
ReplyDeleteChiropraktik Cuba bleh cuba
ReplyDeleteSalam,kepada sesiapa yang mengalami slip disk, mintak tolong join group ni dalam fb..
ReplyDeleteDalam group ni kita boleh share tips2 dan berkongsi apa jua pengalaman yang melibatkan penyakit ini.
At least ada yang memahami apa yg kita lalui.. link seperti berikut >>> https://www.facebook.com/groups/368531273356757/?fref=ts
(ps: jangan takut, sy tak jual ubat)
Kawan saya aritu jatuh dari tempat kerja. Banyak klinik dah dia pergi. Tak baik baik juga. Last last dia try minum CELLMAXX.
ReplyDeleteAlhamdulillah, 3 hari lepas tu boleh dah membongkok pakai kasut. Jalan jalan kampung naik motor siap.
Try usha, facebook Terapi Sel Stem Malaysia.
Berasa sengal2 kaki tu dah lama, lama dh suruh asben picit2 kaki..sekarang sakit belakang plak...x tahan, jalan bongkok mcm orang tua..tak boleh nk tegak badan. Ingt mlm ni nak pergi cek klinik..risau plak bila baca pasal sliped disc ni..
ReplyDeleteAdik syida pun sama...doctor dignosed as prolapsed disc..xtau la nak kata sama ke x tapi bile google katanya sama..tq for sharing..:)
ReplyDeleteSila lawati page kat fb Unit Rawatan An'nas...ada testimoni berkaitan slip disc
ReplyDeleteSalam. Bagi sesiapa yang mengalami slip disc...saya sarankan untuk buat fisioterapi di PhysioMobile Malaysia cawangan Shah Alam atau Johor Bahru... Boleh click PhysioMobile.my ����������������
ReplyDeletememang sakit kena memang sakit kena slip disc ni
ReplyDelete