Selamat Kembali...
Aku suka baca fakta2 kat tenet... benda2 camni kita selalu x ambik kisah pon.. Bila kita baca, baru kita akan rasa teruja seketika dan berpikiaq "awat aku x tau pon" "oh, baru tao" "lemahnya pengetahuan aku".. Ayat2 ni slalu ada dalam kepala aku bila baca benda yang aku baru belajar... So, ni yang aku baru baca...
1. Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang - mata anak menakan Farah Nurfarisha lg besaq dari anak menakan aku yang lain..hihi~
2. Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih - ikan temenung ja aku makan hari2, emas bila taon leh beli pon x tao la...(-_-)'
3. Siput boleh tidur sehingga 3 tahun - aku tidoq 8 jam sehari
4. Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa - Patot la org laki klu nank ngorat suka kelip mata sebelah..ni la cikgu depa..
5. Seekor kuda mempunyai lebih 18 tulang dari seorang manusia - manusia ada brapa tulang? cepat kira!
6. Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya - 0o0o0o....patot x penah tgk muntah tikus...
7. Kucing boleh mendengar bunyi ultrasound - so, leh la dia scan baby idok?
8. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat - agak2 camna la klu dia leh lompat..hurmmm~
9. Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda - Kudaku lari gagah berani...klu tukaq, beruangku lari gagah berani...
10. Air kencing kucing bercahaya dalam gelap - nak wat eksperimen la... kucing jiran aku suka pancut kat moto aku~
11. Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci - Ingatkan replika rama-rama kat taman rama-rama ja besaq...
12. Deria rasa rama-rama di kakinya - Nak test deria bau anda, sila cium stokin yg dah 3 bulan x basuh...
13. Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen - Erkkk!! Nak tengokk...
14. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan - Kalau manusia x dak kepala, x sampai 9 saat dah mati..:P
16. Tapak Sulaiman tak ada otak - Sulaiman ada otak x?
17. Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang - Yang ni aku biasa dengaq dah.. Bangga seketika!
18. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru - Awak nampak biru la..cuba teka iklan apa?
19. Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu - X nak jumpa singa!
20. Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang - Guna la gear reverse..hihi
21. Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan - Panjang aku 5 kaki 3 inci <tinggi la tu>
22. Dinasour terbesar di dunia hanya seberat 110 tan - Sampai sekarang aku masih ragu2 dengan kewujudan dinosour...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tamatlah kelas Pengetahuan Am kita hari ini.. Keluarkan buku teks dan buka muka surat 657... dah terasa macma cikgu-cikgi~
No comments:
Post a Comment