Hye uol's...
Pernah marah x? Of coz pernah kan...Dalam kita tengah marah mesti kita x leh kawal tindak tanduk kita, tutur kata, and segala mak nenek.. Ok, hari ini nak cakap pasal marah ni bukan apa, tapi tadi masa g wat terapi ada staff ngan pakcik tu bertekak. Aku ni juz dengar je la..tp masa abes terapi tu aku p la cakap ngan staff tu... Aku tau, si staff tu ada bad experience ngan pakcik tu.. tapi kita ni kena la control sket sebab masa tu tengah keja.. Pernah dengar x "customer always right"?? Term ni sekarang tak boleh guna sesuka hati dah... Sebagai manusia, kita ada hak untuk protect diri kita tp make sure kita protect benda betul la..jangan main hentam ja...
Lumrah alam, kita akan jadi marah apabila perkara yang tidak betul diperkatakan oleh orang lain terhadap kita. Tapi marah ni bukan cara penyelesaian yang betul kita nak redakan keadaan tapi kadang-kadang kemarahan kita ni boleh memudaratkan kita atau orang disekeliling kita... Tak ada faedah pon kalau marah2 je, kita juz rasa puas ja sedangkan masalah tadi tetap x bole diselesaikan..
Untuk entry ni aku selitkan kisah yabg berkaitan dengan marah pada zaman Rasulullah S.A.W :
Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan; “Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.
Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “YaRasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”
Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”
Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaanAllah.”
Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”
Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allahakan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Dalam kisah ni Rasulullah S.A.W dah bagitau bagaimana kita nak kawal emosi marah kita... Kita boleh berfikir dan menafsir kisah ni.. Tapi aku nak kongsi cara bagaimana aku cool downkan kemarahan aku atau kemarah orang lain dan tips2 yang lain.
- Kalau orang tengah marah, aku diamkan diri...and bagi orang tu abeskan dulu apa yang nak dia kata..Pastu slow talk dengan dia...
- Seeloknya kita jangan bidas balik kata2 orang yang marah terhadap kita.. kalau boleh cakap baik2, lembut2 dan mintak maaf kalau kita yang wat salah.
- Dalam kita tengah2 marah ni..cuba kita sejukkan badan kita dengan mandi atau pun wudhu'. Alhamdulillah, cara ni paling berkesan nak redakan kemarahan. Dulu kawan aku tengah marah gila, pastu kami pon suruh la dia p mandi lama2.. Pastu jumpa balik, terus dia x marah2 dan cakap pon elok serta rasional.
- Apabila perasaan marah kita baru nak muncul, cepat2 kita istighfar banyak2 kali..dengan istighfar kita bole tenangkan jiwa kita. Tapi bagi orang yang kena marah, bacalah doa2 atau surah2 yang bole menenangkan jiwa seseorang..Tiup perlahan2 ke arah orang yang marah tu. Jangan bagi dia nampak lak, x dak pasal dia penampaq laju2 dan pikiaq yang kita duk jampi dia.. Ni doa melembutakn hati seseorang..lepas baca tiup kat orang tu ye..
اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Ni ja tips yang aku dapat bagi..Kalau ampa ada cara2 lain, share la ngan aku dan yang lain2..Sharing is caring~
p/s : marah bole menyebabkan muka lagi cepat kedut n nampak tua...
No comments:
Post a Comment